21 5 / 2012
"
Terasa ingin menjerit,
Memberitahu pada semua,
Betapa aku sudah terlalu perit,
Hidup dalam muslihat dunia.Terasa ingin melaung sekuatnya,
Biar dunia tahu apa yang ku rasa,
Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda,
Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.Terasa ingin memberitahu semua,
Betapa letih sudah aku dengan dunia,
Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia,
Untuk aku kongsi segala.Ingin ku cerita pada semua,
"
Bahawa aku telah hampir berputus asa,
Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa,
Tetapi di sebalik semua,
Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia,
Untuk aku terus bangun dari kecewa.
(via jiejahlifejourney)
Permalink 160 notes
21 5 / 2012
Setiap manusia mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan, dan kekurangan. Dan kekadang ujian dan dugaan yg dikurniakan oleh Allah s.w.t. meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding kekuatan dan kelebihan.
Kerana apa?
Kerana itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna.
Kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani kehidupan dunia..
Subhanallah.
:)Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa, al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan satu motivasi yang memandu mereka ke arah menguatkan iman mereka.
Mereka seolah-olah melalui satu jalan berliku, berduri dan penuh halangan, tetapi tahu hala tuju mereka pada suatu peta yang jelas di penghujungnya, kenikmatan yang berkekalan.
Salam imtihan. :)
(via jiejahlifejourney)
Permalink 272 notes
21 5 / 2012
Her pretty plum lips and tortoise shades provide the perfect accent to this daytime look. A modern take on prep.
Permalink 60 notes


